BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday 26 March 2012

Lepas dera, rogol pula


SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 40-an yang baru keluar dari penjara dua bulan lalu atas kesalahan mendera anak tirinya, ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang lagi anak tirinya berusia 12 tahun di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Pasir, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali berkata, lelaki terbabit ditahan jam 5 petang oleh sepasukan anggota polis selepas menerima laporan mengenai suspek merogol anak tirinya.

Katanya, suspek yang baru dibebaskan dari penjara Januari lalu, kini di tahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
“Suspek pernah ditahan polis kerana mendera anak tirinya berusia 10 tahun dengan menjerutnya menggunakan tali gasing, Ogos tahun lalu.

“Akibat perbuatan itu, suspek dihukum penjara dua bulan, namun sebaik keluar dari penjara suspek bertindak ganas dengan merogol anak tirinya berusia 12 tahun (kakak kepada mangsa jerut),” katanya.


BODOH LA.. ADA JUGA BAPAK MACAM NIH.. SEPATUTNYA DIA MELINDUNGI ANAK-ANAK WALAUPUN BUKAN ANAK KANDUNG.. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB... BERSIAP LA MENGHADAPINYA..

0 with love~: