BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday 17 April 2012

Bukan Saya Minum Cecair Peluntur – Dira


KUALA LUMPUR – Pengacara rancangan gosip sensasi Melodi, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menafikan dia adalah pengacara yang dimasukkan ke wad hospital kerana meminum cecair peluntur akibat tekanan yang dialami.
Sebaliknya, melalui portal Murai.com, Dira mengakui dimasukkan ke hospital hanyalah kerana mengalami tekanan darah rendah dan diserang sakit gastrik menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
Bagaimanapun, Dira memaklumkan keadaan dirinya semakin pulih dan mendakwa berita tentang dirinya yang minum cecair peluntur adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.
Malah, Dira turut memaklumkan kepada peminat-peminatnya tentang keadaan dirinya yang semakin stabil di laman Twitter.

Semalam, sebuah blog telah melaporkan seorang pengacara wanita bagi rancangan gosip hiburan telah dimasukkan ke hospital akibat minum cecair peluntur kerana mengalami tekanan yang keterlaluan.
Ramai pihak mengagak pengacara wanita itu adalah Dira berikutan cerita panas tentang dia dikaitkan dengan cerita seorang pengacara wanita yang menyerang seorang wanita di sebuah kelab malam baru-baru ini.
Ekoran dari kejadian itu, mangsa serangan tersebut telah membuat laporan polis dan menunjukkan Dira adalah penyerang sewaktu dia berada di kelab malam itu.
Namun, Dira menafikan kehadirannya ke kelab malam itu dan enggan mengulas lanjut serta membiarkan sahaja pihak polis melakukan siasatan lanjut.

0 with love~: