BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday 5 April 2012

Permohonan MyKad baru 3 kali ganda


PUTRAJAYA: Peningkatan mendadak sehingga tiga kali ganda permohonan menukarkan MyKad berstruktur baru daripada orang ramai menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menang tangan, sekali gus berlaku kelewatan dalam proses menyiapkan kad pengenalan itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sejak MyKad berstruktur baru diperkenalkan Januari lalu JPN sudah menerima 1,516,126 permohonan dengan purata 21,000 permohonan setiap hari, berbanding hanya 8,000 permohonan sehari sebelum ini.

“Berikutan itu, berlaku kelewatan dalam pengeluaran MyKad siap kerana kemampuan untuk menyiapkan MyKad ketika ini hanya 8,000 sehari,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


----------------------------------------------------------------------------------------------

baru berhajat nak tukar ic.. ic sekarang ni dah rosak. tak boleh baca bila nk buat urusan di bank.. fuhhhh~ tggu lA..

0 with love~: