BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday 2 April 2012

kos hidup..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

KOs upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00
2) TOlOng jaga adik : RM4.00
3) TOlOng buang sampah : RM1.00
4) TOlOng kemas bilik : RM2.00
5) TOlOng siram bunga : RM3.00
6) TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya .Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu- PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"pada mukasurat yang sama ditulisnya .

"Kasih sayang itu percuma tapi ia sesuatu yang paling berharga"

3 days left~

assalamualaikum~
wahhhh.. lagi 3 hari mahu ke pulau..
tak sabar lah.. nak release tension nih..

tunggu ya.. jumaat ni sesudah subuh kami sampai.. 
(",)

how are you feeling today??


letupan bom kereta DI Hatyai


HATYAI, SONGKHLA: Menghidu asap dan menahan bahang panas api menjadi pengalaman ngeri sepasang suami isteri yang terperangkap di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini, yang menjadi lokasi letupan bom kereta, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Wong Sze Ee, 28, bersama suaminya, Ooi Fook Chuan, 33, dari Pulau Pinang baru selesai mendaftar keluar daripada hotel berkenaan.

Mereka ke kawasan letak kereta B2 di bawah hotel berkenaan untuk menyimpan beg pakaian di dalam kereta.
Sze Ee berkata, sebaik tiba di kereta, gegendang telinganya seakan-akan mahu pecah akibat letupan kuat hingga menggegarkan ruang bawah bangunan berkenaan.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia melihat kepulan asap hitam memenuhi ruang tempat meletak kereta berkenaan.

“Saya lihat suami hampir lemas kerana asap tebal dan kami cuba menyelamatkan diri dengan mencari jalan keluar melalui tangga di kawasan tempat letak kereta itu yang terletak agak jauh.
“Bagaimanapun, kami tidak berjaya melarikan diri menggunakan tangga berkenaan kerana asap terlalu tebal selain bahang panas api dan berlindung di bawah tangga sementara mencari laluan lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Songkhla Nagarind (HSN), di sini, semalam.

Menurutnya, dalam keadaan kawasan itu dipenuhi asap tebal, mereka menutup mulut menggunakan baju dipakai manakala suaminya terhidu terlalu banyak asap menyebabkannya hampir pengsan.

Katanya, dalam tempoh 30 minit, mereka bagaikan sudah berputus asa untuk menyelamatkan diri kerana kawasan dipenuhi asap amat tebal menyebabkan kedua-duanya mengalami kesukaran bernafas selain tiada bantuan tiba dalam tempoh itu.

“Saya ketika itu sudah putus harapan, tetapi lega apabila terlihat cahaya lampu samar-samar daripada arah depan kawasan tempat letak kereta berkenaan sebelum terdengar suara anggota penyelamat.

“Dalam keadaan lemah, saya berteriak kepada mereka supaya membantu kami yang ketika itu hampir pengsan sebelum dibantu anggota penyelamat keluar dari kawasan berkenaan dan dihantar ke HSN, Hatyai,” katanya.

Katanya, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas terhidu banyak asap dan dia 
mendapatkan rawatan di wad biasa.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

wah takutnya..kami baru je plan nak ke hatyai tahun ni. memandang kan kejadian seumpama ini berlaku.. kena tunda lah our trip..



nasi lemak city garden

assalamualaikum~

malam tadi lapo... jadinye ke kg baru.. mkn nasik lemak daun pisang .. 
boleh la.. hilang ngidam nih.. :D

sesudah habis.. alhamdulillah kenyang...~ 

ngeee~ 

Tahniah Hasmiza & Riduan ~