BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, 26 March 2012

Irma Hasmie Dan Rezza Bertemu Jodoh Di Hadapan Kaabah







Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Irma Hasmie dan tunangnya, Rezza boleh bertemu. Rupa-rupanya mereka berdua ditemukan semasa mengerjakan umrah. Irma telah bertemu ibu Rezza di hadapan Kaabah dan daripada situ perkenalan mereka bermula. 

Kata Irma:-
Alhamdulilah, tidak sangka dengan perkenalan dan pertemuan yang singkat kami sudah tiba peringkat pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.Pertemuan saya dan dia di hadapan Kaabah memang tidak dirancang. Kerana di situlah saya berjumpa dan mengenali ibunya dan Reza yang ketika itu turut mengerjakan Umrah bersama. Alhamdulillah, Tuhan telah mempermudahkan hati saya untuk menerimanya tanpa rasa ragu-ragu.
Paling menarik ialah sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah, ibu Rezza terus menghantar rombongan merisik. Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Irma kepada kedua ibu-bapanya. Sekarang ini mereka berdua hanya menunggu hari pernikahan iaitu 1 Julai kelak.

Kata Irma lagi:-
Saya tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh di tanah suci, tetapi saya sentiasa berdoa agar diberikan yang terbaik daripadaNya.
“Lebih menggembirakan saya, apabila jodoh saya ini telah restui daripada kedua-dua belah keluarga dan kmereka jugalah yang menguruskan serta merancang segalanya untuk kami. Saya dapati, Reza seorang yang mempunyai personaliti serta cara komunikasi yang bagus.Malah saya sendiri selesa bila bersamanya.
Apa pun jutaan tahniah kepada Irma Hasmie yang akhirnya bakal mengakhiri zaman solonya. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin. Kredit info Murai. dan Abg Nara



note :: suke sangat tengok irma bertudung.. cantik dan ayu sgt.. 

Lepas dera, rogol pula


SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 40-an yang baru keluar dari penjara dua bulan lalu atas kesalahan mendera anak tirinya, ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang lagi anak tirinya berusia 12 tahun di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Pasir, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali berkata, lelaki terbabit ditahan jam 5 petang oleh sepasukan anggota polis selepas menerima laporan mengenai suspek merogol anak tirinya.

Katanya, suspek yang baru dibebaskan dari penjara Januari lalu, kini di tahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
“Suspek pernah ditahan polis kerana mendera anak tirinya berusia 10 tahun dengan menjerutnya menggunakan tali gasing, Ogos tahun lalu.

“Akibat perbuatan itu, suspek dihukum penjara dua bulan, namun sebaik keluar dari penjara suspek bertindak ganas dengan merogol anak tirinya berusia 12 tahun (kakak kepada mangsa jerut),” katanya.


BODOH LA.. ADA JUGA BAPAK MACAM NIH.. SEPATUTNYA DIA MELINDUNGI ANAK-ANAK WALAUPUN BUKAN ANAK KANDUNG.. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB... BERSIAP LA MENGHADAPINYA..

Nur Fatihah tidak dinoda


PEKAN: Tindakan tegas akan dikenakan kepada remaja, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang membuat laporan polis dirinya dirogol sedangkan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperlakukan demikian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan boleh mengaitkan remaja berkenaan dirogol. 
Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluan remaja terbabit yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja itu membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu sedangkan kejadian itu tidak berlaku.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja itu berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya yang berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.


apo lagi la adik nih... tak habis-habis nak susahkan orang.. tak cukup dia memalukan ibubapa.. susahkan pihak polis plak.. macam la polis di malaysia ni takde kerja lain nak layan dia je.. bawak - bawak la bertenang yer dik oii...   :D

Thursday, 22 March 2012

salah ke kalau perempuan gemuk??

sakit ati bace ni.. ape pendapat korg?

my friend..~ Back stab




eh korang pernah ade kawan baik kan.. tp lebih kepada kawan yang selalu anda meluahkan perasaan..
aku pun ade sorang ni.. tapi tatau la.. macam bermuka-muka pun ada.. 
depan aku cita lain.. belakang aku cita lain..
dan lebih banyak merosakkan hubungan aku dengan orang lain..
menyesalnya aku sebab selalu bercerita dengan dia.. mengutuk2 ngan dia.. hehe
sangat menyesal.. dan aku selalu kena ingatkan diri aku.. dont simply cerita apa-apa kt orang lain..
melainkan my love.. his everything for me.. i love him so much... his my best friend, my love.. love u.. 

for those yang suka sangat sharing cerita-cerita hot.. 
pls choose the right person..
jangan jadi macam aku dah la.. 
becarefull.. alert.. and..

ASSALAMUALAIKUM~



geram + bengang



Assalamualaikum..

huhuhuhuhu.. geram la aku pagi tadi..
kalau korang nak tau.. aku ni penunggang motor yang berhemah.. hehe
biasa la pagi-pagi kalau jalan tak jem.. bukan NPE la kat depan Angkasapuri tu..

Disebabkan sekarang ni jem menjadi-jadi..
ramai pemandu kereta memilih untuk membaca semasa memandu..

haaa ? memandu + membaca??
kalau kita kata tak cerdik.. marah plak..
cik abg dan cik kak oiii...
kalau dah mencilok.. x ikut que.. bile dah masuk Q..
Tgk la kiri kanan..
Kami yang menunggang moto dan bukan kuda ni... perlukan  ruang juga..
kami juga ada hak ke atas jalan raya di Malaysia ni..
pemandu kereta yg leka membaca ni langsung tak bagi jalan..
dok leka baca buku... nasib baik la aku tak jatuh..
huh! kalau la 1 hari jadi pada dia.. PADAN MUKA..
sebab tak pernah fikir orang lain..


Siti Fatihah - Keluarga punca lari dari rumah





KUANTAN - Siti Nur Fatihah Mahadi (gambar kecil), 15, yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga.
Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun.
"Laporan yang dibuat kepada polis mendakwa gadis tersebut telah diculik adalah tidak benar. Gadis itu sendiri mengaku dia tidak diculik tetapi keluar rumah dengan rela hati kerana tekanan perasaan," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Fatihah yang dikatakan hilang pada Ahad lalu semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita.

Wednesday, 21 March 2012

Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik





KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.
“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

kerna obat~

hari ni dah semangat g keje..
almaklum la semalam tido cukup 8 jam..
tiba-tiba mata gatal..
adeh... mkn la ubat gatal.. 

then tiba-tiba mata layu.. ngantok..
adoi.. ubat tu menambah ngantok.. mmg x lrt nk bukak mata... 
cmno nihhh


ini lah ubat nye.. bikin gue ngantok... betol la wa cakap.. ngantok ..

Tuesday, 20 March 2012

sakit kepala...

lately ni aku sll sakit kepala..

dan paling hebat mlm td.. lepas cucuk utk malam.. sakit tu mencucuk2..
maybe salah aku sebab x makan sgt lepas cucuk tu.. aku minum je.. x lalu dah nk mkn..
nk g keje pun berat tp bgn gak g klinik sbb memang aku tak tahan..
dapat mc.. blk mkn ubat siap2..
tapi bila nk tido.. dia mai balik..
n kalau aku kt umah mst tdo..
aku bgn siap2 trus g keje.. at least keje siap.. n aku x tido..

aku betul2 sakit.. x buat2.. and tak mintak pun..
mungkin  sebab aku lupa padaNYA..
aku diberi peringatan...
kan... igt taw anim. jgn lupa...