BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, 1 June 2012

suatu ketika dulu..

kita membesar dgn menonton G-Force, 
Transformers, Thundercats, 
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks 
n Mickey Mouse. 
Not to forget Ninja Turtles, Mask, 
Smurfs dan Voltron. 

berus gigi time waktu rehat kat skolah 
rendah?...hmm, mesti pegang cawan 
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn 
classmates semua kat seblah... 

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list 
dentist appointment. 
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik 
sebelah. ada gigi yang 
berlubang, kene laa tampal. 

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. 
nak galakkan budak2 time 
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... 

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris 
panjang warna kuning tu. pukul 
tapak tangan...kan? 

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek 
kat kantin. 

time skolah menengah, korang sure beli kasut 
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. 
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china 
tu...ada yang suka stoking 
tebal laaa... 

internet? email? Menda alah ape tu? 

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. 
Tiket wayang pun 5 inggit je. 

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , 
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding 
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, 
KIKI Bubble Gum. 
tak dilupakan, 'Ti Kam'. 
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, 
Happy Family laa dlm class. 

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. 
boleh beli aiskrim ngan apek 
kat luar skola tuh... 

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan 
keje skolah, jom kita 
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan 
Tambahan (RMT) mesti kluar awal. 

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan 
Jasmani, PJ. main bola laa, 
rounders laa... 

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, 
penutup botol, batang 
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & 
Sentry', main kejar2 duduk... 

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang 
tube aiskrim, ada byk2 color tu. 
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 
die! 

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni 
pun kita main dulu ni. 
baling2 kapur laa. 

hmm...budak2 skarang, 
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 
'We Are the World, We Are the Children...' 
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg 
tau, 
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... 

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, 
dan ade satu je Vietnam. 

AIDS wujud sejak diorg lahir. 

CD pun wujud time diorg lahir. 

Michael Jackson dah putih dah time tu. 

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu 
filem2 baru. 

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk 
sebuah komputer. 

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & 
Watch'. 

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... 
dan diorg skarang tak reti nak 
switch on TV kalau xde remote control. 

dan diorg tak paham macam mane kite boleh 
survive dkt universiti tanpa 
handphone... 

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke: 

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, 
dan korg sure tersenyum 

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite 
dah kawin 

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main 
komputer, selamba je 

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah 
menengah guna handphone 

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui 
telefon lagi setiap hari 

6. bile jumpe member lame dari semasa ke 
semasa, seronok bile bersembang 
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite 
alami mase dulu time kecik2, 
nakal2 dulu... 

7. last skali, bile dah bace comment ni, korang akan 
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. 
Sure diorg suke punye 
laa...hehehe 

Wednesday, 16 May 2012

luahan hati

assalamualaikum...

jom membaca luahan hati seorang kawan ni...

aku jenis manusia yang cepat bosan. dan sangat cepat bosan. tak kira la apa pun.
even dalam relationship. entah lah. bila bercinta ni memang best kan..
cuma cara je. pada aku.. aku nak org tu selalu disisi.. disaat aku perlukan dia.
bila dia selalu tiada.. aku mula bosan
bila keluar dgn dia.. semua cerita aku.. mmg tak laku.. sllnya dia diam or  cerita tentang dia je..
tu maknanya, aku hanya lah pendengar. dan tiada siapa yg akan peduli ape aku nak cite..
sedangkan aku ni jenis suka bercerita..xpe.. aku cuba utk jd pendengar.

aku jenis manusia kuat merajuk.. tp aku tak pandai pujuk.. serius.. and bila aku merajuk.. ade org mcm nk marah-marah. lg  la aku sakit  hati. tu maknanya dia tak tahan dan xakan cuba belajar cara aku.. xpe.. tahap bosan aku masih ok.

tiap kali plan nak berjalan.. mesti tak jadi. ade je hal.. xpe. mende yang xleh nak dijangka..
aku pun bertambah bosan..
then.. aku cuma mahu bergambar bersama.. tp dia xnk.. katanya "tak suka bergambar"..
ya Allah.. kat tangan ni dah siap pegang camera.. malu lagi bila org ckp mcm tu. and aku perasan.. dia pn tak pernah ambil gambar aku.. kecuali aku yg bagi..xpe.. bile    tgk pic dia dgn girl lain.. aku pun terfikir something. abaikan lahh...  buat aku tambah BOSAN + TAWAR HATI..
dan macam-macam lg..

this is uncontrol.. and i think. better i`m single..
maaf awak... saya dah xde hati..sy penat walaupn kita baru je...

salam~

Thursday, 5 April 2012

Kalau Suami


KALAU SUAMI 

 Kalau suami mula berahsia.. 
 Itu tandanya dia tak setia 

 Kalau suami meninggi suara 
 Itu tandanya dia dah ada mak we 

 Kalau suami mengaku bujang tua 
 Itu tandanya dia nak ngurat anak dara 

 Kalau suami selera tak ada 
 Itu tandanya dia nak pasang dua 

 Kalau suami lambat balik aje 
 Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia 
  
tidur di ruang tamu 
 Itu tandanya dia dah jemu 

 Kalau suami malam jumaat buat tak tahu 
 Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu 

 Kalau suami garang macam singa 
 Itu tandanya hati dia dah tak cinta 

 Kalau suami asyik komplen aje 
 Itu tandanya dia dah tak suka 

 Kalau suami mula sepak terajang ke muka 
 Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.. 
  
  
  
JIKA SUAMI 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Dapat gaji semua diberi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Kerja rumah rela dikongsi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Kereta diberi suami naik LRT 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Duit poket diberi setiap hari 

 Jika suami sayangkan isteri 
 SMS dikirim tanda rindu dihati 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Kongsi masalah nasihat dikasi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Diberi ciuman setiap pagi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 I love U, I miss U katanya setiap hari 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Isteri gemuk, dikatakan seksi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Sakit sikit selongkar laci ubat dicari 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Kemana sahaja  dibawa pergi 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Sentiasa jujur perihal diri 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Status berkahwin bangga sekali 

 Jika suami sayangkan isteri 
 Cintanya suci hingga ke mati 
  

 PESANAN KEPADA ISTERI2 : 
 Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? 
 JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana  rumahtangga anda umpama SYURGA. 
 TETAPI .... 
 KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI.... maka berhati-hatilah. .. 
 wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA. 

  PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : 
 Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA????? 
 JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI.. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. 
 DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA... 
  
  
  


Monday, 20 February 2012

kudusama origami

hye..~ assalamualaikum~

pagi-pagit td. aku bace blog miza.. nmpk la kudusama ni..

menarik dan mmg tertarik nk buat.. jom tgk aku buat nih. hehe


persiapan..




















Friday, 27 January 2012

Derma Darah

haa.. semalam aku n kak selli g derma darah kat menara TM.. excited aku ni nak g sana.. tp kak selli agak takut la sebab sebelum ni nak derma tp darah tak keluar sebab kesilapan teknikal nurse yang tak pandai nak  amik darah..

tapi.. kali ni. kami dapat nurse otai otai..  dari cygal ke menara TM ,  panas2 tu kami jln.. sampai2 je terus register..



mengisi borang 



ha... dah test dan jenis darah saya adalah B...



ni lah den.. tgh dok mengepam darah..


ni kak selli.. tgh dok mengepam jugak. hehe




tp kan.. lepas derma darah tu.. aku pening2 gak.. dan berpeluh bagai.. kak selli pun sama.. maybe sebab kami jln panas2.. pastu x rileks terus derma darah..




Thursday, 26 January 2012

ape pun tak boleh


terkejut juga bila tau mende cmni.. tapi ape boleh buat.. kite boikot.. cari sumber dari orang kita..  :)

Thursday, 5 January 2012

mengantuk... 5hb .01.2012


hi semua..
hari ni mengantuk lagi... apa boleh buat..
setiap hari.. setiap pagi.. mengantuk sangat

setiap kali bangun pagi.. mest selalu cakap..
kalau lah hari ini cuti... boleh tidur sepuas hati dan sampai ke petang ..

buruk kan perangai. hehe...





Wednesday, 4 January 2012

oh amalina

urm~ pelik kan..

susah nak digambarkan tapi dia kan manusia biasa jugak..
walaupun dia pandai, dia genius dari kita-kita ni..
tapi..
dia pun mesti ada keinginan utk bersuka ria.. mcm orang biasa..

cumanye...
dia mungkin alami kejutan budaya yang terlampau...

entah lah.. kita hanya mampu berdoa semoga Amalina berubah ke arah yang baik..
dan semestinya dia hanya mahukan yg terbaik utk diri sendiri..

dan ini dari laman facebook beliau.. hanya anda dapat menilainya..

Tuesday, 3 January 2012

Nur Amalina Che Bakri Seksi?






PANASSS~  Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1.menjadi kebanggaan rakyat malaysia.. Belajar di UK membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan dan di taja kerajaan.. Tapi gambar ini menceritakan segalanya

Seandainya ada kekeliruan atau sebaliknya, diharapkan mereka yang berkenaan tambil untuk menafikan perkara ini .
Kalau lah benar sebegini, biarlah gagal pelajaran tapi jangan gagal akhlak.

sy berharap gambar-gambar ini semua palsu.. jika ini palsu dan salah saya.. saya memohon maaf kepada pihak yang berkenaan


3rd january 2012


wah.. rase lame plak cuti weekeend ni.. lame je masa..

dan minggu ni memang la minggu makan2..

berat pun naik mendadak.. tp xpe la.. azam tahun ni nak kurus..

harap2 boleh!!! nak sgt kan..

doakan sy berjaya yer  ...

pape pun... selamat tahun baru 2012!!!~


Friday, 30 December 2011

bosan ~

assalamualaikum ~

haa.. hari ni dah 30hb december 2011... last day keje untuk tahun 2011..

tapi bosannye..~ sgt bosan... tolong la....~

Tuesday, 27 December 2011

istana kellie ( kellie`s castle )


Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dariMadras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongantimah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
 info dari wikipedia~

tapi ada macam cerita seram tentang kellie castle ni.. aku pun selalu lalu jalan ni.. seram dan menakutkan sebab persekitaran yang sunyi..



jika anda nak ke lumut.. batu gajah, parit dan sebagainya.. anda akan lalu depan kellie castle ini.. kalau siang macam biasa je. kalau lalu malam.. sangat menakutkan..

Thursday, 22 December 2011

latihan Kebakaran ( FIRE DRILL)

Hari ni sangat la penat..

Our boss memang dah email semua utk fire drill tapi tak tau la bila..
tp hari ni dengan cuaca yang mendung dan hujan gerimis..

tiba-tiba!!!  emergency bell kedengaran.. waduh2.. dah la saya ni kat tingkat 15..
ape lagi.. kak salena dan sy... turun la tangga.. mcm nk pingsan mak ni.. ketaq habeh lutut2 ni..

hujan.. dekat 2 jam berkumpul then naik blk..

dan sempat la gegedik amik pic kan.. itu lah anim..  :P

semua konon-konon busy tu.. takut terbakar 

our floor marshall.. tp.. ermm.. :P

 apa lagi.. pic kami laaaa~


dan kami lagi..~ peaceee~ =D

Wednesday, 21 December 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli




Kata Ariff:-
Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya
Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.
Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,
Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini..




sumber dari  http://beautifulnara.com..

p/s :: anim cedok dari abg nara.. mekasih abg nara :)

This is What All Malaysian Should Know



          NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
          Ajinomoto

          NATIONAL INSTANT FOOD :
          Maggi Mee

          NATIONAL BREAKFAST :
          Nasi Lemak

          NATIONAL LUNCH :
          Nasi Ayam

          NATIONAL SUPPER :
          Roti Canai & Teh Tarik

          NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
          Traffic Jam

          NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION :
          Pineapple

          NATIONAL APHRODISIAC DRINK:
          Stout. Many Malaysian men swear by it. But then after
          a few pints they start swearing at everything.. .

          NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
          Food Poisoning

          NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
          Menstrual Pain

          NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX:
          Everything on earth..


          NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX:
          None. Malaysian men never refuse sex.

          NATIONAL CURE FOR DIARRHOEA :
          Cap Kaki Tiga. 


          NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
          Panadol.

          NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
          Minyak Angin Cap Kapak.

          NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
          Happy Hours.

          NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
          The sight of a police road block.

          NATIONAL RICE COOKER :
          NATIONAL Rice Cooker

          NATIONAL RUBBISH DUMP:
          Anywhere. As long as it is not your house.

          NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
          Carrefour. 
          NATIONAL ANSWER FOR 'WHERE ARE YOU?'
          -on the way.

          NATIONAL OFFICIAL TIME FOR BEING LATE
          -10 minutes

         NATIONAL REASON FOR PRICE INCREASE
         Petrol naik
          NATIONAL REASON FOR PETROL INCREASE
         Still cheaper than other country
         NATIONAL EXCUSE FOR CAUSING TRAFFIC JAM:
         there was accident on the other side of the road

         NATIONAL REASON WHEN REJECTING INVITATION  :
         'I got some work to do..u all go first'

         NATIONAL REASON FOR COLLAPSED BUILDINGS & LEAKY PARLIAMENT ROOFS:
         An act of God.


         NATIONAL EXCUSE FOR IRRESPONSIBLE POLITICAL STATEMENTS:
         None. We were misquoted.


         NATIONAL MINISTERIAL REASON FOR INCREASING TOLL RATES:
         Lu ingat ini jalan saya punya bapak punya kah? 


         NATIONAL EXCUSE FOR JUMPING QUEUE:
         everybody jumping what!

         NATIONAL EXCUSE NOT PAYING SAMAN ACCORDING TO DUE DATE:
         government will give discount one of these days

         NATIONAL EXCUSE TO BRIBE:
         minum kopi
   


      


Monday, 19 December 2011

Ariff Alfian : GAY melayu yang berkahwin di UK..






KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
~sumber dari utusan~








~ Ya ALLAH.. 
~ dah la dia menyusahkan ibu dan ayah..  dia memalukan kami rakyat malaysia dan mencemarkan nama baik ISLAM..


~ Sama-sama lah kita berdoa semoga beliau kembali ke jalan yang di redhai ALLAH..