BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, 9 February 2012

makan makan di pantai remis

ahad lepas. lepas balik dari kenduri aikbal dan zila.. kitorg singgah ke  pantai remis..
syok jugak la.. pilih je ape nk mkn.. then menu semuanya bakar.. xde tomyam or sweet sour or ape2 yang biase korg mkn kt seafood..
tapi kt kedai ni.. kerang bakar dia memang marvelous.. superb sedap dan freshhh...


2 pinggan macam tak cukup je.. sedap la.. mkn panas2.. 


asam pencicah die mmg superb sdppp~





menu-menu nya.. ditambah ABC , FRESH OREN, AIR TEMBIKAI..
TOTAL :: RM44 SHJ..

Wednesday, 8 February 2012

~PELAMIN~

hari sabtu lepas pasang pelamin kt cheras.. rumah annis ... jom lew cuci mata tengok pelamin saya...~ :D















p/s : untuk tempahan. sila hubungi Anim Beauty .. 0172488970

Adira bergambar dengan anjing




wahh~  comel je anjing tu kan.. mesti adira sangat geram.. tapi kan anjing tu dik non..

mari kita baca penjelasan adira kepada wartawan..


Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

minum air mengikut Rasululloh SAW




Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???
Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. 
Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.
Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya! Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 


1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Friday, 3 February 2012

Ani Mayuni dibelasah suami








KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.


sumber dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Artisdihentak/Article/index_html

pelik kan.. takkan la sebab pesan sarapan je dah kene belasah.. mungkin ada sebab lain yang tersembunyi.


My Idol, Tun Mahathir Mohamad ( part 2 )





Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.



Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.



rindu

assalamualaikum...

lamanya tak berblog!!~ nak buat mcm mane.. minggu ni aku keje 2 ari je dari 5 hari.

isnin keje.. selasa mc.. rabu cuti hari wilayah..

semalam.. br je siap mkn kt office.. hosp call. bacaan gula dlm badan aku tinggi sangat.. nurse tu cakap takut aku pengsan..
cepat2 la aku g hosp.. takut sgt..

then hari ni baru keje...

ARGHHHH~ LEMAUNYE.....

Monday, 30 January 2012

Anugerah Juara Lagu ~ AJL~

Akhirnya AJL26 melabuhkan tirainya dengan keputusan sangat la aku puas hati... Awan Nano berjaya merangkul gelaran juara AJL26 dengan Beribu Sesalan mendapat tempat kedua dan Karma di tempat ketiga. 

Keputusan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano






Bila aku jatuh cinta


Bisakah ku tanpamu?
Bilakah ku tanpamu?
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu?
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah

Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah.. hanya untukmu
Relakah ku tanpamu?
Relakah ku tanpamu?


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah..


Friday, 27 January 2012

Derma Darah

haa.. semalam aku n kak selli g derma darah kat menara TM.. excited aku ni nak g sana.. tp kak selli agak takut la sebab sebelum ni nak derma tp darah tak keluar sebab kesilapan teknikal nurse yang tak pandai nak  amik darah..

tapi.. kali ni. kami dapat nurse otai otai..  dari cygal ke menara TM ,  panas2 tu kami jln.. sampai2 je terus register..



mengisi borang 



ha... dah test dan jenis darah saya adalah B...



ni lah den.. tgh dok mengepam darah..


ni kak selli.. tgh dok mengepam jugak. hehe




tp kan.. lepas derma darah tu.. aku pening2 gak.. dan berpeluh bagai.. kak selli pun sama.. maybe sebab kami jln panas2.. pastu x rileks terus derma darah..