BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 24 April 2012

#give away belog ʓαι∂αтʋℓαʓиʏ'ƨ "

jom geng.. kita join.. click disini yer

tag  :  miza  ayue  syaz   kak ryna


Asmara Orang Tua Di Malam Jumaat

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara: “Dulu-dulu tu….. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, tetapi masih terasa mengantuk.

Beberapa ketika lepas itu, si isteri bersuara lagi: “Kemudian tu…. abang selalu cium saya.”

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Dan si suami sambung untuk tidur semula.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi: “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.

Si isteri bertanya, “Abang nak pergi mana tu?”

Dengan marah suaminya menjawab: “Nak pergi ambil gigi la!!!!!”

Air Berkabornat a.k.a air gas


lama tak minum air bergas ni..
sejak disahkan dpt tu.. memang aku stop dan haramkan sume ni.. 
tp tadi tengok blog ayue,, ade pic coke.. tinginnye tp TAK BOLEH OK.. 
cuci mata tgk gambar pun ok lah kan..






comey kan... 

tapi banyak keburukan... 

Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard.

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.

Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara 1986 dan 2008.

Dr, de Koning bagaimanapun berkata, kajiannya tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat.”Air masak, kopi dan teh tanpa gula adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak. Namun, tidak pasti pula sama ada jus buah adalah pengganti terbaik kerana kami tidak melakukan ujian mengenainya,” tambahnya.

‘Berkorban demi abang’



DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

kasihnya adik pada abang...

adakah kasih kita pada ibu bapa, abang , kakak dan adik adik sekuat ini..

marilah sama sama kita renungkan..

perasaan sekejap~

lama tak mem~ update pic tuan tanah.. hehe..


ouch~ perasannn~



rambut sudah panjang~ 

hehe.. 

tu je.. jangan marah yer..

saya syok sendiri ari ni~  :P

:: RM150 Cash | Give Away From lidarahim.com ::


Assalamualaikum dan selamat pagi.~
hari ni dok tengok tengok blog kawan kawan kita.. ade G.A. 
Menariks la.. jom join   

click disini untuk join yer..  hadiah menarik!!~

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang


 Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012 jam 12.00 tengahari.




FB  dan email  : hanim_19@yahoo.com