BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, 3 February 2012

Ani Mayuni dibelasah suami








KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.


sumber dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Artisdihentak/Article/index_html

pelik kan.. takkan la sebab pesan sarapan je dah kene belasah.. mungkin ada sebab lain yang tersembunyi.


My Idol, Tun Mahathir Mohamad ( part 2 )





Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.



Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.



rindu

assalamualaikum...

lamanya tak berblog!!~ nak buat mcm mane.. minggu ni aku keje 2 ari je dari 5 hari.

isnin keje.. selasa mc.. rabu cuti hari wilayah..

semalam.. br je siap mkn kt office.. hosp call. bacaan gula dlm badan aku tinggi sangat.. nurse tu cakap takut aku pengsan..
cepat2 la aku g hosp.. takut sgt..

then hari ni baru keje...

ARGHHHH~ LEMAUNYE.....