BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 10 January 2012

5 punca utama mengapa wanita menangis


Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama. t5 akan menerangkan mengenai 5 punca utama mengapa wanita menangis.
Hormon- Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekananyang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatirimasalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
Manipulasi- Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan,  terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas- Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
Kemarahan- Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori- Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang palingkompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.
Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka~
ku cedok dari web~ :)

0 with love~: