BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, 7 June 2012

my BFF a.k.a my sisTA

سلام  بيوت صاحبة سما.

seronok dan hilang rindu tadi.. ikma my sista ni datang kl n jmpa..
walaupun sekejap.. tapi puas hati. hehe..
macam biasa lah.. ni sy perkenalkan cik ikma.  
kami memang gile gambar..











zaman dulu dulu

اسسالاموالايكوم 
ضن سلامة مالم كون كون بلوجر 

haaa.. malam ni macam nak mengimbas kenangan zaman dulu-dulu..
tetapi khas untuk kaum hawa sahaja..
tentang tuala wanita..
korang semua ingat tak tuala wanita @pad pertama kita guna dulu..??

masa memula datang bulan dulu.. ini lah jenama yang kome pakai.. murah sahaja. rm1.80 .
tapi keras.. hehe.. 
korang ingat tak. dulu kalau beri pad ni. mesti pakcik or makcik kt kedai tu bungkus dengan paper?
tak pun letak dalam plastik gelap yang orang tak nampak.
sampai macam tu sekali kan sensitifnya tuala wanita ni.
pernah sekali tu suruh my bf belikan pad. dia kata tak reti. tp disebabkan emergency.
terpaksa lah dia beli. tapi.. bila dah beli tu... dia malu nak bawak..
dia masukkan dalam baju.. isk2. isk2.. memang malu la dia.
tak biasa membeli tuala wanita. ehehe.

tapi sekarang ni pad orang dah kenal.. malah kat tv. macam macam iklan ada.
semuanya untuk wanita. takde dah malu macam zaman dulu dulu.
siap shape n macam-macam lagi. pada saya.. itu sangat membantu kan,
tapi pernah la dengar mak cakap masa memula kotex buat iklan pad ni.
mak cakap.. tak senonoh la. benda ni pun buat iklan. hehe.. orang tua kan.
tapi pada saya.. its ok :)






Ketika Allah Mencipta Wanita…

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya…

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan…

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab, “Hanya dengan dua tangan ini?”

“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan&

Tuesday, 5 June 2012

selamat pengantin baru

Selamat Pengantin Baru buat kawan sekolah menengah saya,
Mohd Ilham dan Suzilawani..
Semoga berbahagia ke akhir hayat dan selamat menempuhi alam berumah tangga!~

~semoga berbahagia selalu yer sahabat~

Hari Terbuka TUDM.

Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan blogger ku..
wahh.. malam-malam baru mem-update kan blog.. almaklum lah banyak masa terluang.
haaa.. nak cerita ni. ahad lepas.. ada job sikit.. lepas habis keje tu g kenduri kawin lg.. 
kenduri merata rata. perut pun kenyang gila lah. makan macam-macam.
lepas habis tu baru teringat hari terbuka TUDM.
ya ALLAH... ramai umat manusia kt situ. dengan cuaca yang panas, aku berbaju kurung,..
perghhh!! berpeluh sakan la.. cair make up cik anim neh. hehe..
tapi dah alang-alang sampai. tengok je lah.. macam-macam pesawat, heli dan macam lah. siap ade konsert lagi..

jom kite tgk gambarnya pula..

si kecik yang excited..





 hye.. sy dah siappp~













Friday, 1 June 2012

My Dadah.

Assalamualaikum.. opsss.. tajuk pun gerun.. xla.. ubat aje. Selama ni aku takut buat sendiri.. selalunya orang lain buatkan.. tp bile g hosp.. doc ckp.. buat sendiri.. nurse pun ajar aku buat sendiri. Tp still takut.. sll buat lupa nak cucuk sbb takut.. hehe.. pdhal jarum pendek je. Gerunnnn..

suatu ketika dulu..

kita membesar dgn menonton G-Force, 
Transformers, Thundercats, 
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks 
n Mickey Mouse. 
Not to forget Ninja Turtles, Mask, 
Smurfs dan Voltron. 

berus gigi time waktu rehat kat skolah 
rendah?...hmm, mesti pegang cawan 
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn 
classmates semua kat seblah... 

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list 
dentist appointment. 
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik 
sebelah. ada gigi yang 
berlubang, kene laa tampal. 

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. 
nak galakkan budak2 time 
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... 

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris 
panjang warna kuning tu. pukul 
tapak tangan...kan? 

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek 
kat kantin. 

time skolah menengah, korang sure beli kasut 
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. 
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china 
tu...ada yang suka stoking 
tebal laaa... 

internet? email? Menda alah ape tu? 

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. 
Tiket wayang pun 5 inggit je. 

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , 
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding 
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, 
KIKI Bubble Gum. 
tak dilupakan, 'Ti Kam'. 
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, 
Happy Family laa dlm class. 

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. 
boleh beli aiskrim ngan apek 
kat luar skola tuh... 

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan 
keje skolah, jom kita 
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan 
Tambahan (RMT) mesti kluar awal. 

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan 
Jasmani, PJ. main bola laa, 
rounders laa... 

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, 
penutup botol, batang 
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & 
Sentry', main kejar2 duduk... 

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang 
tube aiskrim, ada byk2 color tu. 
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 
die! 

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni 
pun kita main dulu ni. 
baling2 kapur laa. 

hmm...budak2 skarang, 
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 
'We Are the World, We Are the Children...' 
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg 
tau, 
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... 

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, 
dan ade satu je Vietnam. 

AIDS wujud sejak diorg lahir. 

CD pun wujud time diorg lahir. 

Michael Jackson dah putih dah time tu. 

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu 
filem2 baru. 

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk 
sebuah komputer. 

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & 
Watch'. 

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... 
dan diorg skarang tak reti nak 
switch on TV kalau xde remote control. 

dan diorg tak paham macam mane kite boleh 
survive dkt universiti tanpa 
handphone... 

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke: 

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, 
dan korg sure tersenyum 

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite 
dah kawin 

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main 
komputer, selamba je 

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah 
menengah guna handphone 

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui 
telefon lagi setiap hari 

6. bile jumpe member lame dari semasa ke 
semasa, seronok bile bersembang 
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite 
alami mase dulu time kecik2, 
nakal2 dulu... 

7. last skali, bile dah bace comment ni, korang akan 
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. 
Sure diorg suke punye 
laa...hehehe 

cinta dan bas


Cinta Itu Ibarat Menunggu Bas..
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu
datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya...
tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu
bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg
lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak
akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni
akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan
awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak
penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-
cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi
awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg
awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian 
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak
dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu
sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga
kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya
awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya
 tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu
ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas
yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat
tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan
awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang
saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh
dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang
pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri
daripada cinta

My Menu Today

Assalamualaikum.. hye sume. Lama tak mem update blog.. agak sibuk dan melarikan diri kejap. Hehe. Xlah.. so skrg ni mission nak kurus. Kan tak sihat ni dan ade lagi sebab sebab yang lain. Hehe .. so arini skip nasi.. x breakfast pun trus lunch. So brunch. Roti 2 keping with tuna.. hehe.. lps tu mangga sebijik.. then dinner.. bihun sup.simple.. no nasi ya teman teman..