BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, 19 December 2011

Ariff Alfian : GAY melayu yang berkahwin di UK..






KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
~sumber dari utusan~








~ Ya ALLAH.. 
~ dah la dia menyusahkan ibu dan ayah..  dia memalukan kami rakyat malaysia dan mencemarkan nama baik ISLAM..


~ Sama-sama lah kita berdoa semoga beliau kembali ke jalan yang di redhai ALLAH.. 

0 with love~: