BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 26 May 2012

My Karipap

Hyeee... Sy datang lagi.. teringin makan karipap dan cuba buat sendiri...

Politik Oh Politik

Assalamualaikum.. Tiba-tiba aku bercakap pasal politik pula.. ini semua gara ke debat PR vs BN pada 24 mei 2012. Aku pun macam org lain juga.. tak lepas pergi tengok.. haishh.. pada aku.. diorang macam tak bermoral. Baik BN or PR.. memekik melolong sana sini memburukkan masing masing.. tak bagi contoh yang baik. Pada aku.. pemimpin yang baik adalah pemimpin yang bijak, membantu rakyat.. baik.. dan bukannya menggunakan rakyat utk kepentingan sendiri.. dan paling aku bosan.. umi hafilda wakil BN, terpekik pekik dengan bahasa yang sangat kesat.. itu bukan debat tp menghina orang.. walaupun betul.. tapi fikir la.. tak elok kan.. kalau berdebat dengan cara yg berhemah, cerdik pandai.. mesti org pun suka nak mendengar.. dan paling aku tak suka.bila adanya ceramah atau debat sebegini.. mesti ade pergaduhan.. kita kan 1 malaysia.. sesama islam. Kenapa disebabkan politik.. perlu ada semua ini??? Tak boleh ke duduk berdamai...berperang la utk kebajikan rakyat.. bukan memburukkan masing masing.. inikah contoh yang baik kepada generasi muda kini??? Huh...

Wednesday, 23 May 2012

Roti Arab Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalamualaikum.. dan selamat malam.. Hari ni hari ke 2 ku berpuasa.. teringin nak makan roti arab . Bila tgk resipi kak ryna tu.. lagi teringin la teringin.. aku buat utk berbuka..

Tuesday, 22 May 2012

Selamat Berbuka Puasa

Assalamualaikum.. Hari ni 1 rejab.. aku puasa sunnat.. tp takde selera nak makan nasi.. ini je lah.yang boleh aku makan. Jemput makan..

ADA APA DENGAN BULAN REJAB


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Gedix Gedix..

Td lepas balik dari hospital. Singgah ke jalan TAR.. kt sana kan banyak tudung dan kain cantik cantik.. entah la ape kena ngan aku lately ni.. bila tengok tudung.. rasa macam tertarik sangat.. rasa macam nak sangat pakai.. tp aku takut nnt aku dok bergedix bukak pulak. Tp mmg aku nak sangat pkai.. hilang 1 dosa tidak menutup aurat.. dosa sendiri kan. Tp.. ntah la.. tp sempat jgk ku bergedix mencuba 1 tudung yg dibeli td. Hehe

Doa doakan lah sy mendapat NUR.. Esok 1 rejab.. jom berpuasa..

Monday, 21 May 2012

Tester Dari Laurier

Assalamualaikum.. Hari ni sgt penat. Check up dihosp n sorg2 je.. xde org teman. Sgt lah bosan.. then balik td check letter box. Ade envelop besauuu...

Saturday, 19 May 2012

Tahniah Buat Aini Yusaida Dan Saiful Hasmirul

Wah.. aini dan epul kawan aku masa sekolah.. aini kawan dari sekolah rendah smpai menengah.. aku doakan korang berbahagia hingga ke akhir hayat..

Dan ini pic aku dan kawan kawan sekolah dulu..
Cepat sungguh masa berlalu.. sekarang ni semua dah menggalas tanggungjawab sbg suami isteri..

Makna Hari Raya Di Kg..

Assalamualaikum..
 Eh cite psl raya pulak.. saje je sebab aku tak boleh tidur.. cuma nak share cerita.. kalau time raya.. korang rasa kalau kita pegi menziarah rumah saudara tu semata mata utk makan aje ke? Macam aku la, orang kl.. blk kelantan. Niat nk beraya rumah pakcik.. tiap2 kali balik mesti pegi.. ayah mesti ajak walaupun aku malas. Motif ayah cakap.. tu kan pakcik korang.. dan sebab aku mls nak pegi situ.. sebab kami tak berapa dilayan. Kami dijemput makan. Haaa makan laaa. Tp pakcik n makcik aku x datang bercerita or tnya pape pun.. mak cik aku kt dapur. Pakcik aku tdo kt sofa. Rasa macam tak dialukan langsung.. kesian kan. Dah la dari kecik dah terasa.terasing kt sana.. dah besar pun mcm tu.. skrg nenek dah xde.. tatau la ade hati tak nak balik sana... Nasib baik belah mak ok.. rileks je...

Maruah Ibu Bapa

Assalamualaikum.. Sambil dok baring-baring.. teringat 1 cerita.. budak zaman sekarang ni.. tak kira la di bandar atau kampung.. semua.sama.. kalau di bandar.. tengok macam jahat.. dah tentu jahat.. tp dikampung.. nampak baik.. sangat sopan orangnya.. tapi disebalik itu.. menyembunyikan nyawa dalam perut.. mengandung anak tanpa ikatan yang sah.. sudah lah mak ayah susah... Duit xde.. tp tu tak penting.. duit boleh dicari! Tp maruah mak dan ayah??? Mcm mana? Org akan igt.. ooo dia tu lah yg anaknya mengandung anak yang tidak sah tarafnya.. oo dia lah yang tidak pandai mendidik anak .. ya Allah.. beban sebegitu berat di atas bahu mereka. Tidak habis penat lelah membesarkan anak. Ini pula balasan dari si anak.. dimana salah dan silap mereka dalam membesarkan anak-anak? Sedih dan kasihan pada mereka.. aku doakan mereka tabah menghadapi ujian seperti ini.

Friday, 18 May 2012

Buatku Di Sana - Mafa ft. Ronnie OIM


Sering harungi sendiri kekurangan diri

Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia



Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah



*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa



**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati



Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana



[Ulang Chorus]



Ohhh



Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



[Ulang *]



[Ulang *]





Jerawat

Wahhh.. musim berjerawat. Dulu muka aku teruk sangat berjerawat.. tp lately ni jerawat dah kurang.. bila dah ok dan tiba-tiba naik jerawat lg.. resah gelisah la.. abes merah muka ni..

Love My Mek

Assalamualaikum.. selamat petang kawan - kawan blogger Td beli laksa. Makan dengan mak.. lama gak tak makan laksa. N laksa ni fav aku n mak. Almaklum lah gigi sakit.. Then dok cita mcm2.. cita psl my mek.. my nenek ler.. mak kepada my mum.. hehe.. blh dikatakan dlm adik beradik aku.. cuma aku yg rapat dgn mek.. yg lain ok la tp aku je la yg plg rapat.. aku jrg lokek ngan mek. Kalau aku duit lebih time aku balik kampung. Cakap je nak ape.. aku beli. Sbb bila aku buat macam.tu. aku tengok muka dia cerah.. senyum je. Tp kalau xde duit.. aku ckp awal2 la sbb dia faham.. sebab tu aku sayang mek belah mak aku.. belah ayah aku kureng sikit.. maybe kami terlalu ramai. Jadinya aku rasa tak disayangi.. tu lah.. tapi dah arwah.. Benda yg aku rs seronok bila aku dpt byrkan duit utk telekung yg mek aku tempah.. bila tgk muka dia senyum.. rasa bahagia sgt.. dia cakap kt orang.. telekung ni cucu saya yang bayar.. betapa sayang dia kt sy kan.. merah muka aku ni.. tp bila mal cite.. kazen aku ni dok umah mek aku.. dah la duduk.. mcm x berterima kasih.. gaji rm4k.. tp bg rm20 je belanja utk mek.. hai la x ptt.. lepas tu. Beli makanan sedap2 untuk mak ayah dia.. tp utk mek xde pun.. mcm ni punya cucu pun ade..ikutkan hati nak je amik mek dtg kl.. tp dia taknak.. xpe mek.. nanti ani amik jgk.. ani nak jaga mek smpai bila2.. kita jalan2.. same susah dan senang..

Thursday, 17 May 2012

Outing With Norra

Assalamualaikum.. and selamat malam.. Hari ni masih lg sakit gigi.. sakit kepala. Tp bila norra kata nk dtg.. bestnya! N keje aku makan je arini.. memula tu mkn nasi ayam.. kemudian kami ke spa.. women's day. Lps tu lapa! Pegi makan lagi. Ke station 21, bangsar village.. dan.dah lepas ngidam makan pasta.. sdpppp.. dah setahun tak makan..

Pesanan

Pesanan dari RS.. jaga diri elok elok yer.. dan jangan lupa saya sebab saya tak pernah lupa awak tak kira dimana saya berada.. Terharu plak.. sy pun tak lupa.. jgn risau. Sy masih didalam malaysia.. cuma buku merah sentiasa bersama. Hehe

new of me

Assalamualaikum...
macam - macam jadi.. aku pun berubah  angin..
potong rambut je. hehe

before



---------------------------------------------------------------------------------


AFTER



Wednesday, 16 May 2012

luahan hati

assalamualaikum...

jom membaca luahan hati seorang kawan ni...

aku jenis manusia yang cepat bosan. dan sangat cepat bosan. tak kira la apa pun.
even dalam relationship. entah lah. bila bercinta ni memang best kan..
cuma cara je. pada aku.. aku nak org tu selalu disisi.. disaat aku perlukan dia.
bila dia selalu tiada.. aku mula bosan
bila keluar dgn dia.. semua cerita aku.. mmg tak laku.. sllnya dia diam or  cerita tentang dia je..
tu maknanya, aku hanya lah pendengar. dan tiada siapa yg akan peduli ape aku nak cite..
sedangkan aku ni jenis suka bercerita..xpe.. aku cuba utk jd pendengar.

aku jenis manusia kuat merajuk.. tp aku tak pandai pujuk.. serius.. and bila aku merajuk.. ade org mcm nk marah-marah. lg  la aku sakit  hati. tu maknanya dia tak tahan dan xakan cuba belajar cara aku.. xpe.. tahap bosan aku masih ok.

tiap kali plan nak berjalan.. mesti tak jadi. ade je hal.. xpe. mende yang xleh nak dijangka..
aku pun bertambah bosan..
then.. aku cuma mahu bergambar bersama.. tp dia xnk.. katanya "tak suka bergambar"..
ya Allah.. kat tangan ni dah siap pegang camera.. malu lagi bila org ckp mcm tu. and aku perasan.. dia pn tak pernah ambil gambar aku.. kecuali aku yg bagi..xpe.. bile    tgk pic dia dgn girl lain.. aku pun terfikir something. abaikan lahh...  buat aku tambah BOSAN + TAWAR HATI..
dan macam-macam lg..

this is uncontrol.. and i think. better i`m single..
maaf awak... saya dah xde hati..sy penat walaupn kita baru je...

salam~

Sunday, 13 May 2012

tapak tangan kanan

Assalamualaikum dan selamat malam..
malam ni semua dok pakat menonton BARCLAYS PREMIER LEAGUE...
Bosan  lahhhhhhhh...
eh td tapak tangan belah kanan sy gatal..  selalunye nak dapat duit..
kalau  dpt.. Alhmdulilah...

Saturday, 12 May 2012


Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..



Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...



Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.



Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..



Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki

i`m back

Assalamualaikum...  

wah lama tak update blog ni....
banyak mnde nak cite.. 
tp skrg ni kul 4.23am...

esok kita  sambung yer..

Friday, 4 May 2012

Al Fatihah

Al fatihah buat nenek sy yang telah meninggal dunia...