BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

tinggai kan email anda.. blog anda.. jom sy follow~ dan jejaki anda :) terima kasih!!~


LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday, 1 June 2012

cinta dan bas


Cinta Itu Ibarat Menunggu Bas..
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu
datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya...
tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu
bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg
lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak
akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni
akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan
awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak
penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... . tak de air-
cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi
awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg
awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg
datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian 
barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak
dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan
bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu
sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah
mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga
kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya
awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya
 tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu
ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas
yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat
tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan
awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang
saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh
dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang
pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri
daripada cinta

My Menu Today

Assalamualaikum.. hye sume. Lama tak mem update blog.. agak sibuk dan melarikan diri kejap. Hehe. Xlah.. so skrg ni mission nak kurus. Kan tak sihat ni dan ade lagi sebab sebab yang lain. Hehe .. so arini skip nasi.. x breakfast pun trus lunch. So brunch. Roti 2 keping with tuna.. hehe.. lps tu mangga sebijik.. then dinner.. bihun sup.simple.. no nasi ya teman teman..

Saturday, 26 May 2012

My Karipap

Hyeee... Sy datang lagi.. teringin makan karipap dan cuba buat sendiri...

Politik Oh Politik

Assalamualaikum.. Tiba-tiba aku bercakap pasal politik pula.. ini semua gara ke debat PR vs BN pada 24 mei 2012. Aku pun macam org lain juga.. tak lepas pergi tengok.. haishh.. pada aku.. diorang macam tak bermoral. Baik BN or PR.. memekik melolong sana sini memburukkan masing masing.. tak bagi contoh yang baik. Pada aku.. pemimpin yang baik adalah pemimpin yang bijak, membantu rakyat.. baik.. dan bukannya menggunakan rakyat utk kepentingan sendiri.. dan paling aku bosan.. umi hafilda wakil BN, terpekik pekik dengan bahasa yang sangat kesat.. itu bukan debat tp menghina orang.. walaupun betul.. tapi fikir la.. tak elok kan.. kalau berdebat dengan cara yg berhemah, cerdik pandai.. mesti org pun suka nak mendengar.. dan paling aku tak suka.bila adanya ceramah atau debat sebegini.. mesti ade pergaduhan.. kita kan 1 malaysia.. sesama islam. Kenapa disebabkan politik.. perlu ada semua ini??? Tak boleh ke duduk berdamai...berperang la utk kebajikan rakyat.. bukan memburukkan masing masing.. inikah contoh yang baik kepada generasi muda kini??? Huh...

Wednesday, 23 May 2012

Roti Arab Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalamualaikum.. dan selamat malam.. Hari ni hari ke 2 ku berpuasa.. teringin nak makan roti arab . Bila tgk resipi kak ryna tu.. lagi teringin la teringin.. aku buat utk berbuka..

Tuesday, 22 May 2012

Selamat Berbuka Puasa

Assalamualaikum.. Hari ni 1 rejab.. aku puasa sunnat.. tp takde selera nak makan nasi.. ini je lah.yang boleh aku makan. Jemput makan..

ADA APA DENGAN BULAN REJAB


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Gedix Gedix..

Td lepas balik dari hospital. Singgah ke jalan TAR.. kt sana kan banyak tudung dan kain cantik cantik.. entah la ape kena ngan aku lately ni.. bila tengok tudung.. rasa macam tertarik sangat.. rasa macam nak sangat pakai.. tp aku takut nnt aku dok bergedix bukak pulak. Tp mmg aku nak sangat pkai.. hilang 1 dosa tidak menutup aurat.. dosa sendiri kan. Tp.. ntah la.. tp sempat jgk ku bergedix mencuba 1 tudung yg dibeli td. Hehe

Doa doakan lah sy mendapat NUR.. Esok 1 rejab.. jom berpuasa..

Monday, 21 May 2012

Tester Dari Laurier

Assalamualaikum.. Hari ni sgt penat. Check up dihosp n sorg2 je.. xde org teman. Sgt lah bosan.. then balik td check letter box. Ade envelop besauuu...

Saturday, 19 May 2012

Tahniah Buat Aini Yusaida Dan Saiful Hasmirul

Wah.. aini dan epul kawan aku masa sekolah.. aini kawan dari sekolah rendah smpai menengah.. aku doakan korang berbahagia hingga ke akhir hayat..

Dan ini pic aku dan kawan kawan sekolah dulu..
Cepat sungguh masa berlalu.. sekarang ni semua dah menggalas tanggungjawab sbg suami isteri..