Wednesday, 29 February 2012
melawat mayfair :D
Posted by anim at 11:35 2 with love~
Labels: aku
memekak kan telinga~
Posted by anim at 08:23 0 with love~
Labels: merepek kerepek
Tuesday, 28 February 2012
LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA :(
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Posted by anim at 12:25 0 with love~
Labels: story
empty..
xpe anim.. dok dendiam.. awk layan je mane-mane blog..
awk merepek la ape yang awk suka.. ni kan blog awk..
peneman sejati awk time ade internet je..
kalu xde.. maafkan lah blog awk ni..
dah tak dapat nak tolong.. tempat meluahkan perasaan..
huuhuhuhu..
kalau korg rs sedih n kosong.
selalunye korg cite kat sape ek..
dan sllnye nangis2 x?? hehe..
ape la..~ bohsan..
Posted by anim at 10:23 2 with love~
Labels: merepek kerepek
Monday, 27 February 2012
assalamualaikum~
oh mata ni ngantok gilos la.. adoi la..
ape nk buek ni..
gelepa la.. ngatop butir mato.. oh pls help me..
dok rok doh ni..
Posted by anim at 10:35 0 with love~
Labels: merepek kerepek
Friday, 24 February 2012
menanti mu~
Posted by anim at 17:07 0 with love~
Labels: lirik lagu
masker muka~
hehe.. xde la mencantikkan sbb tuannye bukan cntik pun.. tapi menjaga kulit muka..
jom la kite bermasker.. tegangkan kulit.. semakin hari semakin tegang~ wow~
Posted by anim at 16:16 2 with love~
Labels: INFO
Thursday, 23 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
oh my baby~
bile dok mencari ngan pakcik gugel ni.. mcm2 la jmpe
contohnya.. ape yang aku nak sangat dalam hidup ni.. baby..
takde rezeki aku lagi untuk dapat baby.. nnt dah ade baby..
penuh la blog ni dengan gambar dan keletah my baby...
sabar yer hati.. sabar.. setiap hambaNYA.. ade perjanjian..
ada tertulis dan tersiratnya.. cuma kita tak tau bila.. mungkin belum tiba masanya lagi..
sabar yer anim.. usaha itu
eh jom kita tengok pic perut mummy yang jmpe kt gugel..
Posted by anim at 14:24 4 with love~
Labels: melayan perasaan~
Monday, 20 February 2012
Sunday, 19 February 2012
my schedule today~
hari sabtu n ahad ni memang la aku tggu2.. penat reja.. time ni la nk rehat-rehat..
bgn pun ala lambat je.. tibe-tibe dpt msg dr iema.. "weh jom g bangsar, projek baik.~ hehe "
ape lg.. bgn n trus g.. rupenye p cabut bulu. eh.. threading muka la.. kasi licin..
dulu2 ade la blaja wat tu tp x buat kt muka sendiri.. kali ni ku cuba.. buang misai kt muka nih..
bila dah buat... skali rase n tgk.. muka aku mcm pondan je.. eh muka mak nyahhhh!!!!
mcm malu je.. then naik merah2.. risau dah ni.. tp xpe la.. tawakal nak cntik.. xmo ade misai2 nih..
lame skit.. merah hilang.. maka lagi terserlah lah keayuanku ini,. ~ perasan gile.. ~
tp mcm excited.. nanti nak g lagi la. korg nk juin x? pic muka pondan ni nnt i upload.. hehe.. malu mak...
pastu kan blk tu penat.. aku zzzzz je ari ni~ :P
Posted by anim at 01:19 0 with love~
Labels: aku
Friday, 17 February 2012
si penipu, makan duit haram~ haiyoo~
td miza panggil.. suh tgk pic mamat ni.. kenai ke dak? kenai la tp x penah keje same..
die EX-DIAS .. jom la bace cita ni dari owner yg kene tipu ni. smoga kejahatan dia berbalas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok la.b4 kery cerita lebih lanjut pasal majlis, kery nk bukak dulu cerita pasal lagi kes penipu ni.
lg nk kawen lg duit keluar mcm air lagi ramai amik kesempatan utk menipu org yg lurus macam kitaorg ni.
1stly mayb salah kami cepat percaya org.
jahat btul org2 zaman sekarang.tanpa segan silu amik hak org lain. kesian kat mir sbb die tu anak org susah, susah payah die kumpul duit nk kawen n nak kasi kery tempat berteduh selepas berkahwin senang2 je penipu ni ambil duit.
ok cerita nye begini.
dari bulan 10 tahun lepas kami sudah melancarkan operasi mencari rumah sewa secara besar-besaran.pantang je cuti kami round semua tempat cari rumah. tp ye la,bukan main kaut je sebarang rumah, ade kriteria yg perlu kami patuhi.
1st, kene dekat dgn rumah kakak (sbb kakak yg request, senang die ckp if die perlukan pertolongan pape). 2nd, kene tengah2 between taman tun dr ismail dan UPM. so senang utk kami pergi berkerja la.
so sepanjang pencarian , either sewa rumah tak mengena budget kami or rumah tu sudah di book.mmg sedih sgt.
masa berlalu, sudah masuk januari. rumah tak dapat lagi. pastu rata2 rumah sewa semuanye kemasukan march.KECUALI SATU rumah ni, yg kononye memerlukan penyewa rumah urgent, awal feb dah kene masuk.
so kami pun tengok rumah itu.agak uzur.tp boleh la utk duduk sementara b4 dapat rumah elok sket.n lokasi pun tengah2 antara upm n kl.
mase nk bayar deposit tu ekceli kery dh rase tak sedap hati.siap pesan kat mir takot kene tipu.tp mir cool mcm biase, ckp tawakal je.so pembayaran dibuat. silap kami tak amik any agreement..so ingt ye,if anda2 nak menyewa pls b4 bayar deposit MINTA AGREEMENT!!!
Then lagi 6 hari mahu majlis, kami bawak masuk pindah barang, n tetibe kery ditegur oleh seorang perempuan (kak ima)
kak ima: adik ni siapa.
kerry: ????????? (muka pelik).
kak ima: buat ape kat sini?
kery: pindah masuk barang kak.
kak ima: pindah masuk barang?awk sewa rumah ni dgn siapa
mirza: dgn adam kak
kak ima:adam ke aduka?
mirza : ha aduka.kenapa kak
kak ima: dik, akak ni tuan rumah ni.mcm mana plak adik boleh sewa kat aduka?
mse dgr die ckp tu terus kery terduduk!!!!sbb tak sangka ketakotan kery menjadi kenyataan!!!!!
budak tu jahat sgt.bila mir msg ckp yg kami dh tau sape die sebenar, die boleh balas "shoud i care"..berlagak gila kan???????? b4 tu mir ade gak contact die utk jumpa konon2 nk sign agreement. tp die dh tak reply msg or angkat kol.die dh tahu la tu.
sedih sgt bila ingt blk, sbb kami bukannye org senang lagi2 mirza yg mmg org susah.senang2 je depa amik duit org!!!
then hasil siasatan mir, mir dapat no contact adik dia n alamat family.n mir jugak bijak sbb amik gambar kereta penipu tu (take note semua). so semua tu mir dah serahkan kepada pegawai polis.
yg sakit ati sangat, kery try contact adik dia. MUA dari QLA TOUCH (boleh la search kat fb),tapi ape kery dapat? MAKI HAMUN!! janji nak tolong, tp maki hamun yg dia bagi.yg die peduli mana kery dapat no fon dia.bukan die peduli abang dia dh amik duit orang!!!!adik bradik sama2 penyangak!!
pdhal kery ckp baik2 kat dia, marah2 pun tade la sampai carut marut ke maki2 ke.paling2 kasi kata2 nasihat je kot2 die nk kesian or insaf sbb dapat abg penyangak.
kot la si qila tu nk kesian ke kan.harammmmmmmmmmmmm.siap dapat makin hamun dari dia lg ade lah!tak boleh blahh siap ckp nk report polis sbb kerry ugut dia.aku ugut ape wehhh aku ugut nk heret kau ke balai polis sbb kau tanak berkerja sama!!
kalao aku la,ade ahli keluarga aku menipu org, aku akan tlg jugak even itu ahli keluarga sendiri! aku sendiri malu nk ngaku tu abang aku weh kalau die penipu!!!!tp aku akan tlg gak la even sket.. lau mir tu anak org kaya aku tak kisah weh, bapak guard je, mak noreh getah nk hantar anak2 p belajar.mir tu keje tak sampai setahun. nk kumpul duit kahwin dgn aku ni pun makan magi hari2 kot, kau senang2222222222 je amik duit laki aku!!!!
so aku nk minta tolong korang, share kan link2 kerry ni. sesiape kenal budak ni, please la contact kerry katmirzakerry@gmail.com. pls give me his latest address or no phone.boleh kerry serahkan kat pegawai polis yg handle kes ni.dak ni bukan saje dh tipu duit mirza, tp die tak bayar sewa 2 bulan dah kat kak ima.tak ckp dgn tu dia siap pasang mangga kat umah kak ima tu sebab kononnye sayang sgt kat rumah tu.dah la kurang hajar, mak bapak hidup lagi kate dh arwah.ape jenis punye anak la kau ni.
nah ni aku tempek gambar n details dia. pls pls pls sesiape kenal dia pls contact saya.tolong la kami dpt blk duit tu weh.kesian sgt kat suami saya :(
ADUKA BIN AB WAHAB
( 019-3035569 )
NO.AKAUN MAYBANK: 162339056334
pesanan pada aduka : minta maaf aku terpaksa buat macam ni sebab kau sangat la melampau2 n berlagak!!!!tak takut lansung dah buat salah. TOLONG PULANGKAN DUIT RM1550. Kalu tak kami TAKKAN tarik report polis pasal kau n jugak post ni.biar awek2 n kwn2 n kaum keluarga kau tahu betapa penyangaknye kau. kau bayar balik duit kitaorg baru aku tarik post ni ok!bestkan kau dapat duit org kumpul penat lelah kau sapu macam tu je!! kat dunia kau maybe boleh terlepas.tp kat akhirat???aku haramkan sesen kau guna duit kitaorg tu!!semoga kau cepat2 bertaubat, jangan sampai nyawa nak ditarik baru kau nk bertaubat.takutlah dgn balasan ALLAH S.W.T!! report polis dah buat,semua bukti dah kasi kat polis, semua no fon adik kau, mak bapak kau n diana tu pun kami dah kasi kat polis.kau tunggu je la.sure tak aman hidup kau!!!
pesanan pada nor syakilah (owner qla touch): terima kasih sebab 'membantu' saya.terima kasih sbb mempunyai 'hati dan perasaan'. smoga business make up awk bertambah maju. nanti krem salah kat abang awk. n peluk cium dia sebab telah berjaya membuat saya depress berhari2.oh btw, semoga awk akan rasa apa yg saya rasa satu hari nanti, so awk akan sedar apa yg awk sudah buat sebenarnya :)
sebab korang berdua aku menanges tak henti2 selama 4 hari berturut2!!!!!!!!!!!!!!!!!n mir jugak sgt depress pasal ni.duit dia ilang macam tu je.tau tak sampai kosong duit dia sebab die nk bayar rumah tu??????????????bodoh la kau aduka!!!
nak je aku kahwinkan aduka tu dgn syd charice tu!!!!
Posted by anim at 14:25 2 with love~
Labels: wanted
Wanita by ~ siti nurhaliza~
Posted by anim at 10:36 0 with love~
Labels: lirik lagu
Lirik Lagu Republik Hanya Ingin Kau Tahu
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
** dulu ni lah lagu fav.. setiap hari dengar.. best...~
Posted by anim at 10:31 0 with love~
Labels: lirik lagu
Bedroom Sanctuary by Bo Amir Iqram
jom layansss~
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan senyumanmu
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
fikiranku
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
jika dirimu sentiasa
disisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu
lagu
Posted by anim at 10:22 0 with love~
Labels: lirik lagu
blurppp~ kenyang
hohohoho~ jumaat datang lagi..
semoga kita sentiasa mendapat rahmatNYA..
hari ni.. kami bawak bekal..
aku bwk roti ja. beli kat kedai..
kak selli bawak sardin + mayonise..
kak ryna bawak kek lapis agar .. sedap.. lembut ja..
wawa bwk cokodok die beli. hehe..~
kenyang sgt.. mekasih semua..~ lenkali bwk lagi.. syok buat mkn2 ni...
Posted by anim at 10:13 1 with love~
Labels: makan makan
Thursday, 16 February 2012
tired day
mcm org mengandung plak.. kene amik darah kt dua dua tgn.. sakit kan.. sikit je..
cumanya aku pening.. abes 11 lebey td.. aku terlelap dlm kete sbb terlalu pening..
myb sebab amik darah tu kan..
smpai ofis pun blur.. tp mkn x blur plak. so layan je la..
nak tggu kul 6 pun lama..
dalam dok pk.. dah la aku ni gemuk..
macam-macam penyakit akan datang kalau x jaga kesihatan.. jaga pemakanan..
OHHH~ I`M QUIT !!
aku TAKNAK GEMUK!!!~
asek nk diet je.. tp x buat2.. tp kali ni.. aku nak sihat.. nak kecik.. nk macam2 lg..
jom kite..
Posted by anim at 17:42 0 with love~
Labels: aku
Wednesday, 15 February 2012
kisah hidupku~
>> Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua
>> ibubapa ku
>> ialah guru.
>>
>> Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik.
>> Dalam usia
>> 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan
>> pelajaran ke luar
>> negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil
>> jurusan
>> Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih
>> bertutur dalam
>> bahasa Jepun.
>>
>> Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya
>> mendapat
>> segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku
>> mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja
>> untuk
>> mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun
>> aku bekerja
>> sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.
>>
>>
>> Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja
>> disini. 3
>> tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak
>> pengurusan
>> dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan
>> seterusnya
>> menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.
>> Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh
>> majikan aku
>> untuk pulang ke Malaysia .
>>
>>
>> Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah
>> membuka sebuah
>> Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk
>> mengendalikan
>> firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai
>> Pengarah
>> Urusan.
>>
>> Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku
>> hanyalah di
>> pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata
>> anugerah tak ternilai
>> dari Allah SWT.
>>
>>
>> Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma
>> yang aku
>> kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di
>> papan kedua
>> bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi
>> sekali lagi
>> kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah
>> selama
>> ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan
>> pertama di
>> firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan
>> beserta 3
>> buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.
>>
>> Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan
>> sesuatu!!!!!
>> !
>>
>> Kebahagian keluarga.... .
>> Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas
>> sebagai seorang ayah
>> kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.
>> Anak-anak aku
>> tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna
>> merah...
>> bertindik
>> di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak
>> bersama lagi.
>>
>> Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...
>> Aku terlalu
>> sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak
>> meeting....main golf
>> pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai
>> tiada
>> masa untuk bersolat!!
>>
>> Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif
>> aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.
>> Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat
>> ..kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji
>> bersama
>> client aku dari Jepun.
>>
>> Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa
>> aku tertekan!!!
>>
>> Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku
>> menangis...aku
>> memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa.
>> Semoga
>> keluarga ku bersatu kembali.
>>
>> Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan
>> jawatan ku
>> sebagai CEO.
>>
>> Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku
>> pulangkan kesemua
>> kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut.
>> Isteriku
>> menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku
>> meninggalkan jawatan
>> sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka
>> gembira akhirnya
>> aku kembali kepada mereka..!!!
>>
>> Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual
>> Kuew
>> Teow Goreng..!!!!
>>
>> Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang
>> bekas CEO
>> akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!
>>
>> Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang
>> masak tak
>> bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan
>> aku
>> memulakan perniagaan pertama aku di sekitar
>> Ampang...bersebelah an dengan
>> Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.
>>
>> Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari.
>> Berniaga dari
>> jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00
>> sehari. Hari
>> ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari
>> seterusnya
>> lebih kurang RM380.00. sehari.
>>
>> Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang
>> RM9,880.00 untuk satu
>> gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku
>> membuka satu lagi
>> gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya
>> sehingga
>> sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari
>> 6 gerai
>> tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00
>> SEBULAN.
>> Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan
>> pendapatan dari
>> berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang
>> bersama-sama
>> keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.
>>
>> Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-
>> anak aku
>> memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku
>> latih mereka
>> berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan
>> tersebut. Aku cuma
>> memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'.. ..dan anak-anak
>> aku
>> sebagai Directornya.
>>
>> Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 04.00..
>> lambat
>> lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan
>> lagi...Beginilah kehidupan aku
>> seorang kerani kerajaan...
>>
>> Laa....hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr... .......
Posted by anim at 13:03 2 with love~
Labels: story